Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini

Thursday, November 26, 2015

Sekitar Majlis Kahwin Maria Fareeda Yg MELETOP!! Cuba Tengok Apa Yg Pelik Tu?!! Sape Yg Datang



Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita tidak dimamah usia, Maria Farida kerana telah selamat diijabkabul bersama Datuk Rahman yang juga merupakan kawan karibnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fasha Sandha melalui akaun Instagramnya dan diikuti dengan ucapan tahniah daripada peminat pelakon wanita berkenaan. Selain itu, ada juga rakan selebriti lain yang turut hadir dalam majlis tersebut.
Semoga perkahwinan Maria Farida dan juga suami akan kekal bahagia dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Lebih-lebih lagi anak-anak Datuk Rahman sendiri sememangnya sudah selesa dan dapat menerima Maria sebagai ibu baru mereka.

Kami kongsikan beberapa keping gambar di sepanjang majlis pernikahan mereka yang diadakan dengan sederhana dan dihadiri rakan terdekat. 

9- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA1- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA2- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA3- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA4- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA5- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA6- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA7- Maria Farida Dan Datuk Rahman Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA

Sunday, November 22, 2015

Luahan Sayu Seorang Kakak Yang Kematian Adik Tersayang Akibat Kemalangan Viral Seluruh Malaysia


Adik beradik ni orang kata ‘air dicincang tidak akan putus’, walau macam mana teruk pun bergaduh, selama mana pun bermasam muka dan mempunyai pendapat yang sama pasti akan berbaik kembali. Iya lah, talian kekeluargaan antara adik beradik memang kuat sebab mereka adalah merupakan darah daging kita sendiri.

Semalam kami dapat kiriman dari inbox dan kongsi cerita mengenai seorang kakak yang bernama Deanna Rahman yang meluahkan perasaan sedih oleh kerana pemergian adik lelakinya yang tercinta. Kami baca pun sampai macam nak menitis air mata. Cara gadis ini bercerita memang sangat dekat dengan kami.. Haihh.. Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah S.W.T.

Salam adik tersayang, apa khabar? Baru sehari kau takda, rindu macam dah lama tak nampak. Apa khabar, meer? Sihat? Seronok tak kat sana? Akhirnya, ajal yang Allah rahsiakan daripada kita, terbongkar juga. 15/08/2015 kau tinggalkan dunia ni. Rasa sunyi dia lain macam la meer? Lain. Selalu aku nampak kau terlentang kat atas katil, sofa, lantai, semua kau ada. Harini sunyi semacam. Pagi yang biasa ni jadi macam luar biasa. Kehilangan adik tersayang, syameer bin abdul rahman.

Penat kan, masa bertarung dengan nyawa sendiri… Sama ada nak teruskan hidup atau pergi? Kuat nya kau meer, kau cuba sungguh-sungguh. Kau buat yang terbaik. Tapi… 6 kali jantung kau berhenti kan meer? Tapi kau lawan jugak, semangat kau kuat sangat untuk hidup. Dan… Akhirnya kau pergi juga. Aku masih tertanya-tanya adakah aku redha? Aku nak kau sihat and balik rumah. and aku nak  kau pandang aku. Bukan aku yang pandang kau kan? Tapi apakan daya, takpa lah meer. Aku suka pandang muka kau. Jadi kau rehatlah kat sana ya. Biar aku tenung muka kau, cium dahi kau. Sejuknya.

Perasaan kita bila tengok jasad yang dulunya tak reti duduk diam akhirnya kaku juga. Kaku. Perasaan yang tak dapat aku ungkapkan. Air mata mengalir, tanpa aku nak. Aku taknak nangis nanti kau sedih. Tapi aku tak kuat sangat. Aku bebel je lebih. Kau kena tolong semua family kau kuat balik okay? Nanti kat sana jumpa atuk kan? Ha lepak lepak lah ngan atuk. Kutuk aku kat atuk. Jaga kau. Hahaha, sayang kau meer. Kau lah adik aku yang paling rapat.

Rupa-rupanya kau dah bagi hint terang-terangan, aku tak perasan pun. Bodoh kan? Takpa aku bodoh kau pun 2×5. Hahahaha. Gang lah katakan. Ingatkan kali ni cam gempak sikit en, aku SPM, kau PT3, haiqal UPSR. Kan gempak kan? Lol. Tapi takpa, PT3 dah tak penting untuk kau. Kau dah usaha dah. Aku nampak usaha kau nak belajar. Aku nampak. Jangan risau tau. Sekarang kau dah boleh sengih dah. Periksa dah takda!! Hahahaha. Lega lah kau kan?

Aku ada SPM. Hm wish aku good luck tau. Sebenarnya aku ada satu cerita yang aku plan nak bagitahu tapi tak sempat pula nak cerita. Nanti kalau perlukan aku, roger dalam mimpi aku tau. Rindu kau dik. Salam sayang, kakakmu Deanna.


Wednesday, November 4, 2015

Teguran Berani Mati Ustaz Kepada HOT FM Kerena Terlalu Obses Dengan KEKACAKAN Doktor Ini


Sejak dua tiga hari ini menjadi kecoh dan buah mulut netizen mengenai isu seorang doktor 'handsome' iaitu  Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say yang dijemput ke konti bersiaran secara langsung untuk menjawab pertanyaan-pertanya oleh pendengar sebuah stesen radio tempatan.

 
Lebih memburukkan keadaan kisah seorang pemanggil wanita yang dikatakan mahu 'book' doktor hensem berkenaan untuk menyambut kelahiran anaknya apabila dia bersalin nanti.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan dengan pelbagai kata yang admin rasa tidak patut ditulis di sini.

Dilihat isu ini semakin menjadi buah mulut ramai, seorang pemuda saudara Hafez Sabri yang merupakan Pengerusi Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak telah tampil membuat teguran terbuka kepada stesen radio berkenaan.

Jom kita ikuti teguran yang ditulis oleh beliau.

TEGURAN TERBUKA BUAT RADIO HOT FM

Pagi 2 November lepas Radio Hot FM melalui AM Krew telah membawakan satu segmen perbincangan terbuka dari konti ke corong-corong radio segenap pelusuk negara. Segmen pagi kali ini menampilkan Dr. Shazril Shaharuddin (Pegawai perubatan yg terlibat mengendalikan bahagian sakit puan).

Namun didapati isu perbincangan tidak mendatangkan banyak manfaat dan tidak bersifat ilmiah apabila yang ditekankan di dalam segmen pagi ini adalah sekitar "ketampanan" paras rupa dan raut wajah si doktor serta respon balas pendengar radio melalui panggilan telefon yang tersasar dari ajaran Islam.

Justeru, saya sangat berharap agar HOT fm, DJ yg mengendalikan slot ini dan Dr. berkenaan supaya mengambil pengajaran dari pesanan-pesanan ini:

1. Hati-hati dalam Bicara

Islam ialah ad-deen, sebagai cara dan panduan hidup perlu dijulang dalam setiap tingkah laku dan amal kerja seharian terutamanya bagi seorang Muslim. Antara yang dititik-beratkan di dalam agama ini adalah butir kalimah ketika tutur kata.
Tutur kata melambangkan peribadi seseorang. Lantas, haruslah dijauhi dari membicarakan perkara-perkara yang sensitif dan negativ lebih-lebih lagi berkenaan maruah wanita dan Agama Islam ini.

Isu perbincangan dalam slot ini seakan-akan melupakan aspek hukum-hakam dalam agama dan dikhuatiri ianya bakal mengundang petaka. Bimbang-bimbang yang jahil akan terus merasakan perbuatannya betul.

Pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengungkapkan hal buruk, menyakiti hati sesama muslim dan manusia, meringan-ringankan hukum agama kerana bertutur tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan dan kekacauan dalam masyarakat.

Perbincangan yang sudah terbabas dari landasan ilmiah ini dikhuatiri mendatangkan silap faham terhadap hukum-hakam berkaitan wanita dan perbidanan.

2. Islam mengangkat Maruah Wanita

Islam adalah agama yang sempurna telah mengangkat martabat dan memelihara maruah wanita serta menjaga penganutnya dari terjerumus ke lembah kehinaan. Cukuplah Surah An-Nisa sebagai satu bukti Islam memuliakan wanita.

Namun reaksi penyampai radio dan pendengar wanita seperti mencampakkan semua kemuliaan tadi dan terjun ke lembah yang hina. Kebanyakan pemanggil umpama sudah tidak ada lagi adabnya sebagai seorang wanita. Atas alasan mahu menceriakan pagi tidak dapat menghalalkan cara kalian.

Saya teringat satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu”(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Ada yang sudah pasang niat mahu Dr. lelaki ini mengendalikan proses bersalinnya. Sedangkan di luar sana, ramai doktor Muslimah wanita sedang mempertahankan hak dan aurat wanita ketika bersalin. Bukankah menjaga aurat dari diperlihatkan kepada ajnabi itu sangat mulia di sisi Allah?

Ada yang menawarkan diri sebagai calon isteri nombor dua. Sedangkan mereka sudah bersuami. Na'uzubillah. Maka tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu nescaya kamu mulia.

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنّ
Maksudnya:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;

3. Doktor Mukmin Idaman Ummah

Profession dalam bidang perubatan adalah profession yang mulia. Allah subhanahu wa taala telah menjadikan Nabi Isa alaihissalam sebagai seorang yang terkenal dalam menyembuhkan dan merawat penyakit. Inilah salah satu mukjizat Nabi Isa.

Umum mengetahui untuk menjadi seorang doktor seseorang perlu menjalani latihan dan menimba pengetahuan yang sangat luas, namun tidak cukup sekadar pengetahuan berkaitan perubatan dan kesihatan sahaja, seorang doktor Mukmin perlu mendalami ilmu agama dalam bidang perubatan.

Seorang doktor Mukmin sentiasa meletakkan hukum Allah mengatasi segala urusan dan keputusan. Mereka juga sentiasa membimbing pesakit bersama-sama mendekati Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Agar hasilnya sama-sama beroleh peningkatan Iman dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan.

Justeru, sepatutnya Dr. Shazril menceritakan prosedur yang diamalkan secara profesional bagi pengendalian kes perbidanan ini ketika dilontarkan soalan dan harapan oleh pendengar melalui panggilan ke konti Hot FM. Hal ini kerana persoalan ini berkait rapat dengan aurat pesakit yang pada hukum asal melihat aurat bukan mahram adalah haram sama sekali.

4. Seruan kepada Hot FM

Dalam keadaan masyarakat hari ini yang amat memerlukan bimbingan untuk kembali kepada asas kehidupan berteraskan Al-Quran dan sunnah, kewujudan rancangan dan segmen di radio harus diberi penelitian dari pelbagai aspek agar maklumat yang disebarkan adalah benar dan tepat serta memberi manfaat kepada pendengar bagi menambahbaik kehidupan bukan sekadar menjadikan pendengar terawang-awangan dengan gosip dan buah mulut yang tidak ada kesudahan.

Tuntasnya, diharapkan Hot FM, AM krew dan semua syarikat penyiaran yang berunsur hiburan semata-mata dapat menjadikan teguran ini sebagai iktibar dan pengajaran.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab: 21)

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan taufik dan hiadayahNYA kepada kita.

Akhukum fillah

SAYU. . . Anak Lisa Surihani Dan Yusri Terima Padah Selepas Kesilapan Mereka Beberapa Bulan Lalu Kerana Memuat Naik Foto Bertiga

Kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini sememangnya dinanti ramai peminat mereka malah sehingga kini tiada lagi gambar penuh Yahaira Leanne yang dikongsikan oleh Lisa Surihani dan juga Yusry KRU. 

Menurut Lisa, walaupun sebelum ini hanya sekeping gambar cahaya matanya itu dikongsikan bersama, sudah terdapat banyak akaun palsu di laman sosial yang menggunakan gambar tersebut dan menjadi akaun untuk menjual beli dan juga servis.
“Bayangkan selepas foto kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira. Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan”“Hal ini sendiri cukup merisaukan Lisa sebagai ibu,” jelas Lisa kepada BH Plus. Sebelum ini, pasangan ini pernah memberitahu bahawa mereka mahu membesarkan Yahaira sama seperti kanak-kanak lain dan mengharapkan agar peminat dan orang ramai dapat menghormati privasi mereka.

Masha Allah Akhirnya Zahirah MacWilson Berlaku Jujur Selepas Gambar Aksi Panas Bersama Zul Arifin Tersebar

7 - Zahirah MacWilson Serah Soal Cinta Kepada Zul Ariffin - ROTIKAYA
Tersebarnya gambar yang dikatakan pasangan ini berpegangan tangan di internet membuatkan ramai tertanya-tanya apakah status hubungan sebenar di antara pelakon Zul Ariffin dan jugaZahirah MacWilson.
“Apa sahaja boleh berlaku. Tanyalah kepada Zul untuk mengetahui lebih lanjut. Asyik saya sahaja yang ditanya tentang isu ini. Saya memang tidak akan komen perihal peribadi. Kalau boleh tidak mahu kongsi apa-apa cerita tentang cinta”
“Apabila cerita ini keluar, saya anggap biasa sahaja. Ia perkara kecil dan saya perlu menghadapinya. Apa lagi boleh saya buat?” jelas Zahirah kepada portal Mangga Online. Sebelum ini Zahirah pernah menyatakan bahawa dia dan juga Zul hanyalah kawan rapat.
Selain itu Zahirah juga pernah menjelaskan bahawa dia juga selesa bersama dengan Zul, bagaimanapun masih menyatakan mereka hanyalah kawan.
Pastinya ramai peminat tertanya-tanya apakah jawapan daripada Zul Ariffin nanti lebih-lebih lagi ada yang turut bersimpati dengan kekasih Zul, Gayatri Su-Lin Pillai jika benar Zahirah dan juga Zul menjalin cinta